SHARING IS CARING

Betapa ruginya hidup kalau hanya ada satu jenis income.. iaitu pendapatan AKTIF.. Betapa malangnya hidup seandainya anda tidak mempunyai pendapatan PASIF..



ACTIVE INCOME = maknanya kena berlari baru dapat duit!
PASSIVE INCOME = maknanya dalam tidur pun dapat
duit!


Kalau kita cerdik, nak pilih yang mana?

Mungkin anda pernah mendengar dan tahu mengenai perbezaan antara Pendapatan Aktif & Pasif.. tapi mungkin ramai yang buat-buat lupa atau tidak tahu langsung.. jadi hari ni jika anda sudah terlupa, kami ingatkan semula disini:

Pendapatan Aktif : Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja.
                                    (Lebih 90% orang kerja makan gaji!)

Pendapatan Pasif : Anda kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa henti!
                                    (Kurang 10% gunakan teknik ini)




Rahsia kekayaan yang sebenar bukan terletak pada berapa banyak wang yang dimiliki tetapi pada kebebasan yang mereka miliki..



Mereka bebas untuk :
~ pergi ke mana-mana sahaja tanpa mengira waktu
~ tidak perlu bersesak-sesak seperti orang lain untuk pergi dan balik dari kerja
~mempunyai banyak masa terluang bersama-sama dengan keluarga
~etc


Oleh kerana hasil pendapatan mereka kebanyaknya daripada pasif.. mereka mempunyai lebih banyak masa terluang untuk digunakan.. Jika anda melihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupan orang di sekeliling anda.. banyak kumpulan yang tak sekaya mana seperti yang dapat anda lihat..


Doktor pakar dan doktor gigi tidak mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka.. Potensi pendapatan mereka ada hadnya..  Mereka hanya boleh berjumpa sejumlah tertentu pesakit sahaja.. Dan mereka juga mestilah berjumpa dengan setiap pesakit tersebut.. Ianya aktif.. Begitu juga dengan pegawai kerajaan & peguam.. Kebanyakkan daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif.. Mereka memang nampak kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji seperti kebanyakkan daripada anda..


Berapa peratuskah hasil pendapatan anda adalah pasif?.. Jika anda bijak, anda sudah mula untuk bertukar daripada aktif kepada pasif.. Ini akan memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang anda suka ketika waktu yang anda mahukan.. Kata kuncinya ialah anda perlu mencuba satu punca pendapatan pasif setiap tahun!




Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda buat kajian :


* Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
* Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka

* Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka

* Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan

* Pengusaha gayapos/internet yang mendapat keuntungan berterusan

* Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan & harian

* Pelakon yang mendapat bayaran royalti

* Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes

* Pencipta software yang menerima royalti

* Pencipta permainan video mendapat royalti

* Penjual senarai nama yang mendapat yuran sewaan

* Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah

 

Sebelum anda pergi tidur malam ini, tanya kepada diri anda soalan ini:


“Berapa peratuskah dalam sehari masa yang saya luangkan untuk mencipta pendapatan secara pasif?”

Jika jawapan anda adalah tiada.. anda mempunyai masalah.. Nasihat kami jika anda kini bergantung sepenuhnya pada pendapatan AKTIF.. sudah tiba masanya untuk anda membuat pendapatan PASIF yang saya senaraikan di  atas tadi.. Anda tentu akan berterima kasih kepada kami nanti..